Tuesday, May 24, 2016

Bukti Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Yala Cawangan Betong Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia


Ada agen-agen nikah yang tidak bertanggungjawab memberikan kenyataaan yang tidak benar kepada umum dengan merujuk kepada ulasan dari wartawan akhbar tabloid yang faktanya amat diragui. Di sini saya sertakan bukti bahawa Majlis Agama Islam Wilayan Yala Cawangan Betong diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak dari tahun 2006 lagi. Jika dirujuk pada sijil nikah & kad nikah di bawah, pernikahan tersebut berlangsung pada tahun 2006 tetapi atas sebab-sebab keluarga pasangan terbabit hanya mendaftarkan pernikahan mereka pada tahun 2014. Walaupun pernikahan tersebut telah berlangsung 8 tahun yang lalu, kerajaan Malaysia tetap mengiktiraf sijil nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Yala & pasangan terbabit telahpun berjaya mendaftarkan pernikahan mereka di Majlis Agama Islam Perak tanpa dikenakan sebarang denda.



Jika pernikahan tersebut tidak diiktiraf, pasangan terbabit tidak akan berjaya mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia. Oleh yang demikian, elakkan diri anda daripada ditipu oleh agen-agen yang memberikan fakta palsu untuk kepentingan mereka sendiri. Saya telah menawarkan khidmat ini sejak dari tahun 2009 lagi & sudah lebih 500 pasangan berurusan melalui saya dan berjaya mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia. Ada juga pasangan yang saya bawa berurusan telah berjaya mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia hanya dalam masa 3 minggu sahaja. Insyaallah saya akan berikan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan selagi ia tidak melanggar hukum syarak.

Sila email elmyda@gmail.com atau call ke talian handphone saya +6017-595 5633 untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai urusan tersebut.

Terima kasih.



Lagi Bukti Majlis Agama Islam Wilayah Yala Cawangan Betong Diiktiraf JAKIM


Di bawah ini saya sertakan salinan sijil nikah 3 pasangan warganegara Malaysia yang pernah berurusan melalui khidmat saya. Jika pernikahan tersebut tidak diiktiraf sudah pasti pasangan terbabit tidak akan berjaya dalam permohonan mereka untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia. Untuk pasangan yang berminat, anda amat digalakkan untuk email saya di elmyda@gmail.com atau call saya di talian handphone +6 017-595 5633 untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut tentang khidmat yang ditawarkan.

Sudah lebih 500 pasangan saya bawa bernikah di sana sejak dari tahun 2009 tanpa menghadapi sebarang masalah untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia. Insyaallah akan ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan yang berminat asalkan ia tidak melanggar hukum syarak. Saya hanya membawa 1 pasangan bagi setiap temujanji untuk menjaga privacy pasangan terbabit. Saya sendiri akan membawa pasangan dengan kenderaan saya, bukan melantik agen atau pihak ketiga bagi pihak saya untuk menguruskan pasangan yang mahu bernikah.