Wednesday, November 1, 2017

Perkahwinan Pernikahan Urusan Poligami Yang Sah Siam Thailand





Perkahwinan Pernikahan Urusan Poligami Yang Sah Siam Thailand

Pernikahan Perkahwinan Yang Diiktiraf Di Selatan Siam Thai





As salam,

Saya menawarkan khidmat nikah, kahwin, poligami, wali hakim dalam masa 1 jam sahaja yang dibuat di Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala Cawangan Betong. Kawasan ini aman & tenteram tanpa sebarang perintah darurat. Tiada ancaman banjir seperti di Songkhla & Narathiwat. Majoriti penduduk di sini adalah Melayu Islam bermazhab Shafie yang fasih berbahasa Melayu & menggunakan Ringgit Malaysia dalam urusan seharian.

Hanya Negeri Yala mempunyai Pejabat Agama yang terletak  5 minit perjalanan dari Kompleks Imigresen Malaysia (5 minit sahaja dari sempadan). Jangan percaya dengan kenyataan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana nikah yang dibuat di sini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Ini telah disahkan oleh Pejabat Agama di Malaysia & di Thailand.

Sejak dari tahun 2009 hingga ke hari ini, saya telah membawa lebih dari 500 pasangan tanpa sebarang masalah untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Kadi Wilayah Yala terdiri daripada tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Tuan Guru dan Pegawai Majlis Agama akan menjadi saksi nikah. Sijil Nikah yang asli akan terus diberikan kepada pasangan selepas akad nikah.

Tiada masalah untuk daftar di Malaysia kerana semua dokumen yang berkaitan akan dibekalkan. Pegawai Agama di sana juga sedia datang ke Malaysia bagi membantu urusan daftar nikah pasangan. Elakkan bernikah di tempat awam seperti rumah kadi, masjid, hotel, dll kerana pasangan berisiko ditipu oleh Sindiket Nikah yang tidak diiktiraf. Tidak sah nikah jika akad dibuat dalam Malaysia oleh kadi dari Thailand.

Kenderaan disediakan dari Tol Kuala Kangsar Lebuhraya PLUS/Gerik/Pulau Pinang/Baling/Pengkalan Hulu. Saya hanya membawa 1 pasangan bagi setiap perjalanan (bukan secara berkumpulan) untuk menjaga privacy pasangan terbabit. Tiada kos tambahan dikenakan jika rakan atau wali/ahli keluarga turut serta semasa urusan.

Saya sendiri menguruskan segala urusan hingga selesai, bukan melalui pihak ketiga atau agen.

Sila email elmyda@gmail.com atau call +6 017-595 5633 untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih.

Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa

Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa

29th July 2017

PUTRAJAYA 27 Julai – Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat

Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009.

Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

– Utusan Online
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/anak-luar-nikah-boleh-bin-nama-bapa-1.507979