Saturday, March 28, 2015

Maklumat Terperinci Mengenai Proses & Bayaran


Maklumat Terperinci Mengenai Proses & Bayaran  (Updated June 27th 2019)

as salam,

kita sedia maklum ada pernikahan di Thailand yg dipanggil nikah sindiket. nikah seperti ini adalah tidak sah dr segi agama dan jg undang2 negara Thailand mahupn di Malaysia. pernikahan yg sy uruskan dibuat di pejabat majlis agama wilayah Yala di daerah Betong yg bersempadan dgn bandar Pengkalan Hulu, Perak.

perjalanan bg pasangan dr negeri2 selatan tanahair (Selangor, Wilayah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor) ke Betong adalah lebih singkat jika dibandingkan dgn pernikahan yg dibuat melalui pintu sempadan Kedah, Perlis & Kelantan. contohnya perjalanan sehala dgn memandu kereta dr Sg Buloh ke Betong hanyalah sekitar 3jam 30 minit (Sg Buloh-Kuala Kangsar 2jam, Kuala Kangsar-Gerik-Betong 1jam 30minit) jika dibandingkan dgn di Songkhla iaitu sekitar 7-8jam perjalanan sehala (masih blm termasuk urusan imigresen, nikah, dokumen, dll.). sy akan menunggu pasangan di bandar Pengkalan Hulu, Perak dan kita akan bertolak ke Betong dgn kenderaan sy. psgn boleh jg sy jemput di Kuala Kangsar, Perak dgn kos tmbhn.

bg pasangan dr negeri2 timur (Kelantan, Terengganu, Pahang),
perjalanan sehala dr Jeli, Kelantan ke Pengkalan Hulu, Perak hanya sekitar 1jam 30minit atau dr Kota Bharu, Kelantan sekitar 2jam 15minit sahaja. sy akan menunggu pasangan di bandar Pengkalan Hulu, Perak dan kita akan menyeberang sempadan Thailand dgn kenderaan sy.

bg pasangan yg berasal dr negeri2 utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang) juga boleh ke Pengkalan Hulu, Perak melalui jln Seberang Jaya-Lebuhraya Kulim-Baling-Pengkalan Hulu yg hanya sekitar 45minit perjalanan sehala. sy juga boleh menjemput pasangan samaada di Seberang Jaya, Pulau Pinang (dgn kos tmbhn) atau terus di Pengkalan Hulu, Perak dan kita akan bertolak ke Betong dgn kenderaan sy.

bg pasangan yg berada di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuching Sarawak, Kota Kinabalu Sabah atau Medan, Surabaya, Jakarta, Bandung Indonesia, Singapore dan Bangkok, boleh juga menaiki penerbangan terus ke Pulau Pinang dgn pesawat AirAsia. dr lapangan terbang Bayan Lepas pasangan hanya perlu mengambil teksi ke Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sy akan menjemput psgn di mana2 lokasi yg berhampiran. seperti yg telah kita maklum perjalanan dr Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Betong memakan masa sekitar 45 minit (dgn kos tmbhn).

bg pasangan yg tiba dengan pengangkutan awam seperti bas, sy boleh menjemput psgn di stesen bas Pengkalan Hulu, Perak. sy juga boleh menjemput psgn di stesen bas Gerik, Perak (dgn kos tmbhn) jika pasangan bertolak dr negeri2 di pantai timur. bg yg menaiki keretapi sy boleh menjemput psgn di stesen keretapi Kuala Kangsar, Perak (dgn kos tmbhn).

sy hanya menawarkan bantuan dr segi proses pernikahan tersebut. untuk makluman cik, pernikahan di Betong akan dilakukan oleh kadi/jurunikah yg dilantik oleh Mufti Thailand bg pihak majlis agama di Yala (ada 30org kadi/jurunikah yg ditauliahkan dan diiktiraf utk menikahkan pasangan di dalam wilayah Yala, yg dipilih setiap 6thn). kadi/jurunikah tersebut diiktiraf oleh kerajaan Thailand mahupun di Malaysia dan surat/sijil nikah serta dokumen pengesahan dr pihak majlis agama islam wilayah Yala akan dikeluarkan oleh pejabat induk majlis agama islam di bandar Yala. insyaallah urusan di pejabat majlis agama islam nanti akan selesai hanya dalam masa 1 jam sahaja kerana sy akan membuat temujanji awal dgn pegawai majlis agama bg pihak pasangan. jd urusan di pejabat nanti dapat diselesaikan dlm masa yg singkat dan mudah bg pasangan yg mempunyai masa yg terhad utk merancang perjalanan.

Hukum Nikah
Hukumnya boleh berubah mengikut keadaan

WAJIB
Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat sedangkan ia mampu

SUNAT
Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi menambahkan takwa dan menjauhi zina

MAKRUH
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat mengawal nafsunya

HARAM
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
3. Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri
 
Hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah.
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

syarat2 dan perkara yg diperlukan sblm bernikah :
 
1. perempuan mesti lah anak dara, tidak berkahwin. jika telah berkahwin, janda perlu menyertakan surat cerai atau sijil kematian suami.
2. jika mahu bernikah dgn berwalikan hakim, lokasi wali asal pihak perempuan perlu jauhnya lebih dari 2 marhalah (lebih dr 96 kilometer) dr bandar Betong. kalau tiada bapa, datuk sebelah ayah. kalau tiada datuk jatuh kpd ayah saudara sebelah ayah dan seterusnya pd adik beradik lelaki kandung mengikut yg tua hingga yg muda. jarak kedudukan mereka perlu lebih 2 marhalah dr Betong semasa urusan akad nikah dijalankan. jika marhalah tidak cukup, pasangan akan dibawa ke Pejabat Besar majlis Agama di bandar Yala utk dinikahkan, untuk mencukupkan marhalah dgn kos tambahan. tidak sah akad nikah jika dilakukan di dalam wilayah selain Yala.
3. pasport antarabangsa atau pas sempadan bg setiap org (sbg bukti perjalanan utk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia) dan kad pengenalan (i/c) bg warganegara Malaysia.
4. mas kahwin dicadangkan minimum mengikut negeri yg nk didaftarkan atau lebih drpd suami utk bakal isteri (wang ini haram digunakan oleh suami, hadiah kpd isteri, seelok2nya digunakan utk membeli cincin, al-quran dll. slps bernikah).

utk maklumat lanjut, sy harap cik dpt telefon sy di no +6017-595 5633 (helmi). insyaallah sy akan terangkan dgn lebih lanjut segala prosedur yg berkaitan. seelok2nya kita berbincang sedalam2nya sblm cik mahu meneruskan niat tersebut. tidak lupa juga dinasihatkan kepada pasangan yg merancang utk ke sana agar buat solat istikarah dan berdoa byk2 semoga diberi petunjuk oleh Allah swt.

sblm akad nnti kadi/jurunikah akan memastikan bahawa bakal isteri pasangan bkn masih berstatus isteri org. beliau akan meminta I/C setiap pasangan (passport bg warganegara luar) & surat cerai/sijil kematian suami utk pengesahan sblm proses akad nikah bermula. tiada masalah kpd anak dara dan perempuan yg masih bujang asalkan berusia lebih 16 thn.

yang lain2 seperti yg telah sy nyatakan. sediakan pasport atau pas sempadan, kad pengenalan dan mas kahwin. dan tk lupa jg wang perbelanjaan utk proses pernikahan tersebut iaitu jumlah keseluruhan sebanyak rm1800 (tidak termasuk mas kahwin) yg perlu cik serahkan semasa kita brtolak ke sana.
 
mengapa kos pernikahan melibatkan jumlah begitu?

1. sy terpaksa berulang alik dr Kuala Kangsar, Perak ke Betong 3x sehingga selesai semua urusan. perjalanan yg per1 adalah utk membuat temujanji dgn pegawai majlis agama islam wilayah Yala. pernikahan akan dibuat di dalam pejabat majlis agama wilayah Yala cawangan Betong. kadi/jurunikah berasal dr bandar Yala, iaitu 150km dr daerah Betong. jd temujanji adalah 1 kemestian.
2. setelah temujanji dibuat, sy akan membawa pasangan ke Betong dgn kenderaan sy. kos sudah termasuk petrol, kenderaan, bayaran masuk kenderaan ke Thailand, kastam dan insuran. tk lupa juga bayaran kpd pihak majlis agama islam, kadi/jurunikah, saksi2 nikah, pegawai majlis agama, dll.
3. setelah selesai pernikahan tersebut, sijil nikah yg asli akan terus diserahkan kepada pasangan yg bernikah. tetapi ada 4 lagi dokumen pengesahan nikah akan diserahkan kepada pasangan yg hanya akan dikeluarkan kira-kira 1 minggu dari tarikh bernikah. selepas pejabat induk majlis agama di bandar Yala mengeluarkan dokumen pengesahan tersebut, kadi/jurunikah akan menyerahkan dokumen tersebut kepada pejabat majlis agama islam wilayah Yala cawangan Betong dan lg sekali sy terpaksa ke sana utk mengambil dokumen tersebut sblm sy POSLAJU kpd pasangan terbabit.

sijil nikah akan terus dikeluarkn dan diserahkan kpd psgn slps selesai akad. tetapi 4 dokumen pengesahan hanya akan diperolehi kira-kira 1 minggu slps tarikh tersebut. ini adalah disebabkan kadi/jurunikah perlu membawa pulang semua butir2 pasangan dr pejabat di daerah Betong ke pejabat di bandar Yala utk didaftarkan dan direkodkan maklumat pasangan dalam database majlis agama islam di Thailand. ini yg membezakan antara nikah sindiket dgn nikah yg sah di selatan Thailand.

kadi/jurunikah itu juga perlu dilantik oleh mufti Thailand bg pihak majlis agama islam wilayah. imam masjid di daerah Betong tidak mempunyai kuasa utk menikahkan pasangan dr Malaysia. secara terangnya kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf pernikahan yg dibuat oleh kadi/jurunikah yg dilantik oleh Mufti Thailand dan pernikahan berlangsung di dalam pej majlis agama islam sahaja.

sijil nikah dan dokumen2 pengesahan tiada gantinya. oleh sebab yg demikian saya sering mengingatkan pasangan yg bernikah di sana supaya menyimpan sijil nikah tersebut sebaik2nya. setiap sijil mempunyai no siri yg berlainan. jika pernikahan tersebut sah dr segi agama dan undang2 negara Thailand, sepatutnya data dan butir2 pasangan tersebut ada di dalam pengkalan data majlis agama islam di Thailand. pihak pejabat majlis agama islam wilayah Yala hanya menyimpan salinan sijil sahaja.

insyaallah nikah kahwin yg dibuat melalui daerah Betong ini adalah sah dr hukum syarak serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. kadi/jurunikah dan pegawai majlis agama di pejabat agama sendiri akan memastikan segala syarat dan rukun dipatuhi sblm memulakan proses akad nikah. kerana itu lah akad nikah hanya akan di buat di dalam pejabat majlis agama wilayah Yala cawangan Betong, bkn di bawah pokok, atau dlm rmh kadi/jurunikah yg tidak ditauliahkn seperti nikah sindiket yg lain. hati2 dgn pihak yg menawarkn khidmat nikah yg diragui. ramai yg menjanjikan bermcm2 termasuk jaminan tetapi adakah mereka sanggup bertanggungjwb? berwaspada juga dgn agen2 nikah yg menawarkan kos murah dan sehingga mencecah beribu2 ringgit.

di Betong nnti segalanya akan diuruskn oleh sy dan pegawai agama di pejabat majlis agama wilayah Yala cawangan Betong, dr membuat temujanji dgn kadi/jurunikah, membawa pasangan ke sana dan sehinggalah proses mengeluarkan dokumen2 yg berkaitan. utk makluman, sy hanya akan membawa 1 pasangan bg setiap perjalanan, sy tidak membawa pasangan secara berkumpulan ataupun secara beramai-ramai utk menjaga privacy psgn terbabit. setiap pasangan yg bernikah boleh berkenalan dgn kadi2/jurunikah yg ditauliahkan dlm wilayah Yala (ada 30 org kadi di wilayah Yala yg dilantik setiap 6thn). pasangan juga boleh mengambil gambar atau video semasa akad nikah dijalankan, bersama kadi/jurunikah, pegawai majlis agama dan juga bergambar di dalam pejabat majlis agama islam di Betong. alhamdulillah setakat ini sudah lbh 500 pasangan yg telah sy bawa berurusan sejak dari tahun 2009 telah berjaya mendaftarkan pernikahan mereka tanpa sebarang masalah. tetapi ada juga yg mahu merahsiakan pernikahan mereka atas sebab2 tertentu.

cuma sy minta jasa baik cik utk bank-in deposit sebanyak rm200 ke maybank a/c no 158051377762 (mohd helmi) selewat2nya 1 minggu sblm tarikh nk bertolak ke sana jika mahu meneruskan niat tersebut. wang deposit tersebut akan sy serahkan pd pegawai majlis agama islam wilayah Yala utk membuat temujanji bg pihak psgn yg mahu berurusan nnti. seperti yg telah sy maklumkan, kadi/jurunikah menetap di bandar Yala, iaitu 150km jauhnya dr daerah Betong. pernikahan pula akan dilangsungkan di pejabat majlis agama islam wilayah Yala cawangan Betong. jd takut kita ke sana tanpa membuat temujanji awal, kadi/jurunikah ada urusan lain di luar pejabat, akan sia2lah perjalanan kita ke sana nnti. jd seboleh2nya kita kena pastikan kadi/jurunikah dan saksi nikah sedia menunggu kita di pejabat agama islam wilayah Yala cawangan Betong pada hari berkenaan. wang deposit itu juga sbg jaminan utk sy memohon cuti bg menguruskan urusan pasangan yg mahu bernikah. utk makluman cik, sy juga perlu menguruskan kerja sy, takut ada pasangan yg membatalkan urusan di saat2 akhir, jd ia akan menyukarkan sy kerana perlu menyusun (reschedule) semua urusan2 yg lain.

mengapa perlu memilih khidmat dr sy?

1. urusan nikah dibuat dlm pejabat majlis agama islam, bkn di rmh kadi, masjid, hotel, kedai mkn, dll. antara ciri2 nikah sindiket adalah pernikahan trsebut selalunya dibuat di tempat2 awam seperti yg dinyatakan.

2. kadi/jurunikah dilantik oleh Mufti Thailand dan didaftarkan dgn pejabat majlis agama di Malaysia. kadi/jurunikah tersebut ditauliahkan sbg wali hakim dan dokumen nikah adalah sah serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

3.  urusan nikah hanya dlm 1 jam kerana sy akan membuat temujanji awal. psgn tidak perlu bermalam di Thailand dan pintu sempadan di Perak adalah yg paling hampir jika dibandingkan dgn pintu sempadan di negeri2 lain.

4. sy hanya akan membawa 1 psgn bg setiap perjalanan dgn kereta sy sendiri  bg menjaga privacy psgn terbabit, tidak seperti pihak lain yg membawa psgn secara berkumpulan dgn van. sy tidak pernah membawa psgn secara berkumpulan atau beramai2 kerana tidak semua psgn mahu identiti mereka didedahkan kpd umum.

5. sy sendiri akan membawa psgn berurusan, bkn melantik individu lain atau pihak ke3 utk membawa psgn berurusan di thailand. kebanyakan pihak lain yg menawarkan khidmat yg sama hanya mengambil komisen dan akan ada individu lain yg menjemput psgn di pintu sempadan.

6. psgn akan menerima 5 dokumen nikah, iaitu 1 sijil nikah yg asli selepas akad dan 4 dokumen pengesahan nikah yg akan sy POSLAJU dlm masa 7hari. psgn tidak perlu ke Thailand semula kerana sy akan menguruskan bg pihak psgn.

7. pihak konsulat Malaysia yang sering membuat lawatan ke pejabat agama wilayah Yala mengiktiraf pernikahan yg dibuat dan mengakui bahawa pejabat agama di wilayah Yala memperhalusi setiap urusan secara terperinci.

8. kawasan Betong adalah aman dan pintu imigresen di sini tidak sibuk. setiap hari bandar Betong penuh dgn kenderaan dr Malaysia, lagipun pejabat agama hanya terletak 5km dr kompleks imigresen Malaysia.

9. sudah lbh 500 psgn telah sy bw berurusan di wilayah Yala sejak dr tahun 2009. jika pernikahan ini tidak sah sudah pasti sy tidak mampu bertahan utk 1 tempoh yg lama sebegini.

10. jika ada keperluan, saksi nikah yg terdiri drpd pegawai majlis agama wilayah Yala sedia dtg ke Malaysia bg membantu urusan pendaftaran nikah psgn. mereka ini dikenali rapat oleh pihak majlis agama dan mahkamah syariah di Malaysia.

11. psgn boleh membawa rakan atau wali/ahli keluarga utk turut serta semasa urusan di pejabat agama wilayah Yala tanpa melibatkan sebarang bayaran tambahan. kebanyakan pihak lain tidak membenarkan psgn membawa rakan kerana mereka membawa psgn secara berkumpulan jd ruang yg ada dlm van akan digunakan sepenuhnya.

12. sy tidak pernah menggunakan kamera serta video kamera milik sendiri dan peralatan tersebut perlu dibawa oleh psgn utk menjaga privacy psgn terbabit. jd tidak akan ada gambar atau video yg akan didedahkan kepada umum. tidak seperti pihak lain yg menggunakan kamera sendiri dan byk kali gambar didedahkan di internet tanpa kebenaran psgn terbabit.

13. pelamin juga ada disediakan di pejabat agama wilayah Yala bg psgn yg mahu bergambar. psgn hanya perlu membawa persalinan dan tiada bayaran tambahan dikenakan.

14. pejabat agama wilayah Yala beroperasi setiap hari termasuk jumaat, sabtu dan ahad antara 10am hingga 4pm. psgn boleh membuat temujanji pd hari jumaat, sabtu dan ahad jika ada halangan utk berurusan dlm hari bekerja.

15. bg psgn yg menetap di Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak tidak perlu memohon pasport antarabangsa. cukup hanya dgn memohon Pas Sempadan di pejabat imigresen dlm 4 negeri tersebut.

16. kadar bayaran yang ditawarkan adalah tetap, tanpa sebarang kos terselindung/tersembunyi yang lain-lain. ada pihak lain yang mengenakan kadar bayaran tambahan apabila pasangan berada di Thailand.

17. insyaallah akan ada penyelesaian bg setiap masalah yg dihadapi oleh psgn selagi ia tidak melanggar hukum syarak. sy sentiasa memberikan penerangan terperinci, tips, cara2 serta kaedah kpd psgn yg mempunyai masalah.

------------------------------
--------------------



saya copy/paste soalan2 yg pernah dikemukakan oleh pasangan yg berminat. diharap cik dpt membaca FAQ di bawah ini dr mula hingga habis sblm bertanyakan soalan2 tambahan.

1. tuan boleh uruskan semua proses sehingga dapat surat nikah?

semua dokumen nikah yg sah akan dikeluarkan oleh Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala. selesai saja akad, kadi/jurunikah akan terus menyerahkan sijil nikah yg asli kepada pasangan. dlm tempoh 7 hari lagi 5 dokumen pengesahan nikah akan diserahkan kepada pasangan melalui POSLAJU. dokumen pengesahan tersebut perlu ditandatangani oleh Yg Dipertua Majlis Agama dan di cop mohor Majlis Agama Islam Wilayah Yala.
 
2. daerah mana tuan nak bawak org yg nak nikah di Siam tu. sbb bakal pengantin perempuan org utara, dekat ngan sempadan Thailand, takut tak cukup pulak 2 marhalah jarak syarat sah kawin tanpa wali tu.

perkhidmatan sy adalah melalui daerah Betong, memasuki sempadan melalui pintu imigresen Pengkalan Hulu, Perak. pastikan jarak perjalanan melebihi 2 marhalah (96 kilometer atau lebih) dr lokasi pihak yg sepatutnya menjadi wali bg pihak perempuan.
 
3. untuk bakal pengantin lelaki yg umur 18 tahun boleh ke untuk berkahwin di sana?

ya, tiada masalah. tidak ada had umur begitu dalam agama. yang penting sudah baligh. cuma bg perempuan, perlu berumur 16thn dan ke atas (kecuali dgn kehadiran wali) utk mengelakkan masalah dgn perundangan di Malaysia semasa mendaftarkan pernikahan itu nnti. walau bagaimanapn dlm kes tertentu, kadi/jurunikah di sana masih boleh meneruskan pernikahan tersebut dgn syarat urusan daftar di Malaysia hanya akan dibuat selepas psgn perempuan berusia lebih dr 18thn.

4. Jumlah anggaran kos yang akan digunakan sepanjang proses pernikahan sehingga selesai?

kos keseluruhan adalah rm1800 trmasuk kos pengangkutan dan 3 perjalanan sy dr Kuala Kangsar, Perak merangkumi kereta, petrol, roadtax insuran kastam memasuki Thailand dll. psgn hanya perlu sediakan pasport antarabangsa/pas sempadan, kad pengenalan dan mas kahwin. mas kahwin adalah hadiah utk isteri, tidak boleh digunakan oleh suami. terpulang pada budi bicara brp jumlah yg nk diberikan kpd bakal isteri nanti.
 
5. berapa lama proses menguruskan pernikahan ni dari pegi sampai dapat surat nikah?

proses/perjalanan dr Pengkalan Hulu, Perak hingga selesai urusan hanyalah maksimum dalam 2 jam sahaja. contohnya jika kita bertolak pukul 9.30 pagi dr Pengkalan Hulu, Perak dlm jam 10 pagi kita dh pn tiba di Betong dan akad nikah boleh terus dijalankan kerana sy telah membuat temujanji awal dgn pegawai majlis agama. dlm jam 11am kita sudah boleh bertolak pulang, tetapi masih bergantung jg jumlah pasangan yg perlu dinikahkan oleh kadi/jurunikah pada hari tersebut dan urusan dokumen perjalanan di pintu sempadan. oleh yg demikian lebih baik kita ke sana pada hari bekerja dan seawal pg yg boleh.
 
6. adakah tuan sendiri yang menguruskan urusan pernikahan di sana?

ya. sy sendiri akan membawa pasangan dr Pengkalah Hulu, Perak hingga ke pejabat majlis agama islam wilayah Yala cawangan di Betong. bantuan adalah dr segi prosedur, penerangan, pengangkutan dll. saya sendiri akan menguruskan segala urusan dari mula hingga selesai, bukan melalui pihak ketiga atau agen.
 
7. dokumen yang diberi oleh kadi/jurunikah selepas akad tu, adakah sah kalau ditunjukkan di Malaysia?

apabila mahu mendaftarkan perkahwinan di Malaysia, psgn perlu mengemukakan dokumen2 nikah yg asli kepada pihak majlis agama islam di Malaysia. pihak majlis agama di Malaysia akan membuat semakan dgn pej agama islam Thailand utk pengesahan. insyaallah dokumen tersebut adalah sah, selagi kita tak menggunakan khidmat kadi/jurunikah yg tidak ditauliahkan oleh kerajaan Thailand (nikah sindiket).
 
8. dokumen pengesahan dari pej agama yg akan diperolehi selepas 7 hari nikah itu, mesti di ambil sendiri atau tuan boleh tolong ambilkan? maksud saya, saya akan bayar kos perjalanan tuan ke sana, kerana susah kalau pos dan susah untuk kami pergi ambik sendiri. harap dapat pertimbangan dari tuan..

saya yang ambilkan bg pihak psgn. kos sudah termasuk dalam jumlah bayaran rm1800.
 
9. surat nikah dari pej agama Thailand ni boleh terus ditunjukkan di pej agama Malaysia untuk daftar di Malaysia?

hanya bawa sijil nikah yang asli dan dokumen2 pengesahan tersebut ke mana2 pejabat majlis agama islam di Malaysia yg berhampiran dengan lokasi pasangan. kemudian pengesahan akan dibuat oleh pihak di Malaysia dgn pejabat agama di Thailand. butir2 pasangan yg bernikah dgn kadi/jurunikah yg ditauliahkan pasti ada dgn mereka. dokumen pengesahan tersebut perlu di cop dan ditandatangani oleh Yg DiPertua Majlis Agama Wilayah Yala, oleh sebab itu proses mengeluarkan dokumen2 pengesahan nikah mengambil masa sehingga 7 hari utk disiapkan.
 
10. saya ada terbaca kat thread kawin kat Thailand tu, yang kakitangan kerajaan yg kawin kat Thailand dan nak daftar di sini akan ada masalah kerana kawin di Thailand akan jadi kes mahkamah, so akan jadik problem time nak pencen sebab kesalahan berkait ngan mahkamah, betul ke?

insyaallah, sebenarnya tidak semua pasangan dihadapkan ke mahkamah syariah. ada jg yg mengikut budi bicara pejabat majlis agama islam itu sendiri. jika ada rakan di pejabat agama juga lebih memudahkan urusan daftar. ramai juga pasangan yg telah sy bw berurusan di wilayah Yala terlepas begitu saja tanpa perlu membayar sebarang denda atau dibawa kes ke mahkamah syariah krn kadi/jurunikah dan saksi nikah di  wilayah Yala dikenali rapat oleh pihak di Malaysia. utk kakitangan kerajaan juga begitu, akan ada tolak ansur antara pejabat agama jika niat kita betul. sebenarnya ramai yg telah sy bw berurusan di sana adalah terdiri drpd kakitangan kerajaan.
jika ada pasangan yg menghadapi kesulitan dlm mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia, sy akan jelaskan tip2/cara2 utk mendaftarkan pernikahan semasa dlm perjalanan ke Thailand nanti. maklumat2 tersebut tidak dapat sy nyatakan secara terbuka kerana terlalu sensitif. cukuplah saya nyatakan bahawa ada jalan utk mendaftarkan pernikahan di Malaysia tanpa perlu pasangan terbabit hadir di mahkamah syariah. dgn hanya perlu tandatangan beberapa dokumen mahkamah, dlm masa 60hari psgn akan terus dibekalkan sijil nikah Malaysia yg asli, yg diiktiraf serta rekod psgn terbabit didaftarkan dgn pejabat majlis agama islam Malaysia. ada juga cara utk mendaftarkan kelahiran anak tanpa mendaftarkan pernikahan psgn di Malaysia, ada juga cara utk mendaftarkan pernikahan di Malaysia walaupun tanpa dokumen yg lengkap, serta ada juga cara utk bernikah secara sah dan diiktiraf dlm Malaysia tanpa perlu ke Thailand dgn penglibatan pihak2 tertentu. seperti yg saya nyatakan tadi, maklumat2 tersebut tidak dapat sy nyatakan secara terbuka kerana terlalu sensitif.

11. kalau nak ke sana dalam masa terdekat ni, takde masalah penyakit h1n1 tu ke?

insyaallah tidak ada. sebenarnya dr kompleks imigresen Malaysia hanya dalam 10 minit sahaja memandu ke pejabat agama islam wilayah Yala cawangan Betong. h1n1 lebih berisiko jika kita ke kawasan awam yg lbh ramai org. pintu sempadan di Pengkalan Hulu, Perak tak berapa ramai pengunjung, selalunya sepi tambahan pada hari bekerja.
 
12. bila boleh tuan uruskan untuk pernikahan kami? maksud saya kalau dalam masa terdekat ni bila boleh tuan bawa kami untuk urusan pernikahan di sana?

insyaallah jika tak ada aral. cuma sediakan jumlah wang seperti yg dinyatakan dan perlu diserahkan pada saya semasa kita bertemu, sebelum kita bertolak ke sana. tak lupa juga deposit sebanyak rm200 yg perlu di bank-in atau diserahkan utk saya ke sana dulu utk membuat temujanji dan persediaan dgn pihak di sana. sy perlu membuat temujanji utk memastikan hari2 yang sesuai, takut kadi/jurunikah sibuk atau ramai pasangan yg perlu dinikahkan. untuk pengetahuan cik, kadi di wilayah Yala terdiri daripada tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Tuan Guru, Dato, Senator. dgn temujanji tersebut nanti, segala persiapan seperti memanggil kadi/jurunikah, saksi telah dibuat sebelum kita sampai di sana.

psgn terbabit perlu memilih hari yg dirancang utk berurusan sblm sy dpt membuat temujanji. pejabat agama islam wilayah Yala cawangan Betong beroperasi setiap hari termasuk hari sabtu dan ahad dr jam 10am hingga 4pm.

13. no yang boleh saya hubungi tuan? dan nama tuan?

+6017-595 5633 (helmi).

14. saya dan pasangan saya berlainan warganegara (satu orang Msia, satu orang Spore). Masa kami nikah kat Pattani dulu, dier orang pun tak banyak tanya. Memang lah dier orang mintak IC, Passport, etc (tu memang standard). Jadi tak tahu lah kalau dekat Betong/Yala ni proses dier lain atau kalau dier mintak additional supporting documents pasal kiter berlainan warganegara. boleh tak kalau encik tolong tanya kan kalau berlainan warganegara aper yg diperlu kan etc.

tak ada masalah jika pasangan cik bkn warganegara Malaysia. kadi/jurunikah hanya akan meminta pasport antarabangsa pasangan cik bg bukan warganegara Malaysia. tiada dokumen2 lain yg diperlukan selain yg telah saya nyatakan.
 
15. saya nak clarify on this part :

kedudukan wali mestilah lebih 2 marhalah dr tempat dinikahkan. kalau tiada bapa, adik beradik lelaki, kalau tiada, datuk, kalau tiada jg, ayah saudara. jarak rumah mereka perlu lebih 2 marhalah dr Betong. jika marhalah tidak cukup, pasangan akan dibawa dgn kenderaan ke lokasi lain utk dinikahkan (tetapi perlu di dalam wilayah Yala), sehingga cukup marhalah
 
- tapi pengawai kat sana tak perlu surat aper2 kan dari wali?

kadi/jurunikah tidak memerlukan apa2 surat dr pihak wali asal perempuan. syarat 2 marhalah tersebut perlu untuk bernikah secara sah dr segi syarak dgn berwalikan hakim. kebenaran dari wali cik tidak diperlukan kerana jarak di antara lokasi tempat nikah tersebut sudah lebih 2 marhalah dr lokasi wali tersebut. tidak sah akad nikah berwalikan hakim jika kedudukan wali asal kurang dari 2 marhalah dr tempat bernikah. ini adalah fatwa yg dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yg bersidang.
 
16. setelah selesai pernikahan tersebut, sijil nikah akan dikeluarkan. tetapi surat pengesahan hanya akan dikeluarkan 1 minggu slps tarikh bernikah. kerana kadi tersebut terpaksa membawa butir2 pasangan ke pejabat Yala utk di daftarkan dgn majlis agama wilayah tersebut. kemudian dokumen tersebut akan dibawa semula ke Betong dan lg sekali sy terpaksa ke sana utk mengambil surat tersebut bg pihak pasangan
 
- maksud encik lepas 1 minggu baru kiter dpt surat nikah? atau maksud encik dier orang bagi surat nikah lepas nikah tapi lepas 1 minggu baru dpt surat pengesahan?

ada 5 dokumen yg akan diserahkan kepada psgn yg berurusan. yg per1 adalah sijil nikah yg asli, dokumen ini akan terus diserahkan kepada pasangan sebaik saja selesai akad nikah dlm hari yg sama. dokumen2 yg selebihnya adalah dokumen pengesahan utk dilampirkan sekali semasa mendaftarkan pernikahan di Malaysia. dokumen pengesahan ini hanya boleh diproses di pejabat induk di bandar Yala iaitu 150km dr Betong. jd kadi/jurunikah perlu membawa salinan sijil nikah pasangan untuk didaftarkan maklumat tersebut ke dalam rekod majlis agama islam wilayah. setelah dokumen pengesahan tersebut siap, saya akan ke sana semula untuk mengambil dokumen berkenaan bg pihak psgn.

apabila psgn mahu mendaftarkan perkahwinan di Malaysia, pihak majlis agama di Malaysia akan membuat salinan dokumen2 nikah pasangan. kemudian dokumen2 nikah tersebut akan dirujuk dgn pihak majlis agama di Thailand untuk disemak rekod (jika nikah sindiket rekod tidak akan ada di dalam daftar pasangan di Thailand). kemudian pihak agama di Thailand akan menyelidik semua butir2 yang diperlukan seperti siapakah kadi/jurunikah yg bertugas, saksi nikah, lokasi nikah dll. jika kadi/jurunikah tersebut tidak dilantik oleh mufti Thailand maka nikah tersebut tidak akan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
 
17. bagaimana pula dgn lelaki bukan islam yang mahu bernikah dgn perempuan islam?

tidak sah pernikahan dr segi syarak jika lelaki tersebut bukan beragama islam. lelaki tersebut perlu memeluk agama islam terlebih dahulu sblm boleh berkahwin dgn wanita yg beragama islam. proses memeluk agama islam boleh juga dibuat di pejabat majlis agama di Betong dalam hari yg sama dgn kos tambahan sebanyak rm200. lelaki tersebut juga diwajibkan berkhatan (bersunat) terlebih dahulu dan mendalami ilmu agama sebelum ke sana. akad nikah boleh terus dibuat selepas kadi/jurunikah berpuashati dan lelaki tersebut telah memeluk agama islam. utk pendaftaran di Malaysia, lelaki terbabit hanya perlu membawa dokumen yg dikeluarkan oleh pihak majlis agama islam wilayah Yala yang menyatakan bahawa dia telah memeluk agama islam.
 
18. apakah dokumen yg diperlukan utk masuk ke negara Thailand?

ada 2 cara utk cik menyeberang sempadan Thailand secara sah. yg per1 dgn membuat permohonan utk pas sempadan tetapi hanya utk warga Malaysia yg menetap dlm 4 negeri yg bersempadan dgn Thailand iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak. kos adalah rm10 dan 2 keping gambar pasport utk tempoh 1 tahun. cara ke2 adalah dgn membuat permohonan utk pasport antarabangsa dgn kos sebanyak rm200 utk tempoh 5 tahun. cuma pergi ke pejabat imigresen yg berhampiran utk membuat permohonan. proses permohonan hingga siap pasport antarabangsa dan pas sempadan hanya sekitar 1 jam shj.
 
19. bagaimana pula kepada yg tidak dpt membuat passport antarabangsa seperti mereka2 yg muflis, disenaraihitam kerana gagal membayar pinjaman PTPN atau yg tidak dibenarkan keluar negara tanpa pengetahuan majikan?

pejabat majlis agama islam wilayah Yala cawangan Betong boleh menguruskan perjalanan pergi-pulang kpd mereka yg tidak mempunyai pas perjalanan dgn kos sebanyak rm600 setiap org (warganegara Malaysia). bg bukan warganegara Malaysia yg tiada pasport atau gagal mendapatkan visa ke Thailand perlu membuat byrn tmbhn sebanyak rm1200. wakil dr pihak majlis agama islam wilayah Yala akan menjemput psgn di kompleks imigresen Pengkalan Hulu, Perak utk membawa pasangan yg tidak mempunyai dokumen perjalanan bg merentas sempadan. pernah juga pihak majlis agama meminta bantuan datuk bandar Betong utk menjemput pasangan di sempadan. kadangkala timbalan datuk bandar dan kadi/jurunikah sendiri menjemput pasangan dgn kenderaan beliau. arahan terbaru dr pihak imigresen Malaysia dan Thailand bg warganegara dr negara2 tertentu yg menggunakan dokumen perjalanan yg sah, individu terbabit perlu berada di Thailand minimum selama 3mlm sblm boleh memasuki Malaysia semula. ini adalah disebabkan terlalu ramai warganegara luar yg menyalahguna pas lawatan sosial ke Malaysia. bg sesetengah negara pula, individu terbabit hanya dibenarkan keluar dr Malaysia melalui pintu udara sahaja. sila call sy di talian +6017-595 5633 utk penerangan yg lbh lanjut.
 
20. adakah saya perlu dptkn surat pengesahan bujang daripada majikan saya utk proses pernikahan tersebut?

tidak perlu sertakan dokumen2 lain jika cik mmg berstatus bujang. cik hanya perlu bawa kad pengenalan dan pasport antarabangsa utk urusan tersebut nanti.
 
21. bagaimana pula jika sijil nikah atau surat pengesahan tersebut hilang?

seperti yg telah sy nyatakan dokumen2 yg asli tiada gantinya. dokumen yg asli perlu disimpan oleh psgn utk proses pendaftaran nikah di Malaysia. pihak majlis agama islam wilayah Yala hanya boleh mengeluarkan salinan dokumen2 nikah dgn sedikit kos tmbhn.
 
22. apa hari2 yg sesuai utk urusan akad nikah?

pejabat agama islam wilayah Yala cawangan Betong beroperasi setiap hari termasuk sabtu & ahad dr 10am hingga 4pm. sebaik2nya psgn merancang ke sana pada hari bekerja kerana pada hari2 tersebut kadi/jurunikah selalu ada di pejabat majlis agama. takut pada hjg minggu kadi/jurunikah ada jemputan majlis atau urusan luar dan tidak masuk ke pejabat. tetapi jika ada halangan, psgn boleh jg membuat temujanji pada hujung minggu terutamanya pada hari ahad. tetapi sy perlu ke sana utk pastikan terlebih dahulu. maklum saja lah pd hujung minggu kadi/jurunikah selalu menerima jemputan majlis terutamanya dlm musim cuti. sebaik2nya kita bertolak ke sana seawal pagi yg boleh, contohnya jam 9.30pagi kita sudah bertolak dari bandar Pengkalan Hulu, Perak menuju ke Betong. takut pintu sempadan sedikit sesak jika kita tiba lewat. juga perlu diingat akad nikah hanya akan dibuat di dalam pejabat majlis agama islam, jd bukan semua org ke sana atas urusan akad nikah. ada jg yg ke sana atas urusan fasakh, cerai, zakat, masjid dll. jika kita bertolak jam 9.30pagi dr Pengkalan Hulu, Perak, insyaallah jam 10pagi kita sudah slmt tiba di sana. akad nikah boleh terus dibuat kerana sy telah buat temujanji dgn pegawai majlis agama islam. jika tiada halangan lain, sblm tghhari lebih kurang 11.30am kita sudah pn slmt tiba di Pengkalan Hulu, Perak semula.
 
23. bolehkah seorang perempuan bernikah dgn pasangan lelaki sedangkan dia mengandung anak lelaki tersebut?

mengikut mazhab syafie, diharuskan kepada pasangan tersebut bernikah tetapi dgn syarat mereka ber2 perlu bertaubat nasuha. akad nikah boleh dilakukan di Betong dgn proses dokumentasi yg berlainan sedikit dr akad nikah yg biasa. utk maklumat lanjut sila hubungi sy melalui telefon di no +6017-595 5633 (helmi).
 
24. Adakan jurunikah ini diiktiraf/tauliah oleh majlis agama Malaysia?

ya, kadi/jurunikah yg akan menikahkan pasangan diiktiraf oleh majlis agama islam di Thailand mahupun di Malaysia. tidak sah perkahwinan tersebut jika diakad oleh kadi/jurunikah yg tidak ditauliahkan oleh majlis agama di Thailand. Kadi di wilayah Yala terdiri daripada tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Tuan Guru, Dato, Senator dan Saksi nikah adalah Pegawai Majlis Agama itu sendiri. Pernikahan tersebut perlu dibuat oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim. Jika ada yg bernikah di dalam Malaysia tetapi menggunakan khidmat kadi dan sijil dr Thailand, maknanya itu adalah nikah sindiket yg tidak sah.

25. Bagaimana urusan wali dan saksi?

semua akan diuruskan oleh pihak majlis agama wilayah Yala. wali hakim dan saksi nikah adalah dr kalangan pegawai dan ahli majlis agama di dalam wilayah Yala. tetapi jika psgn membawa wali sendiri ia akan lebih memudahkan urusan kerana tak perlu terikat dgn syarat jarak 2 marhalah nikah berwalikan hakim.
 
26. Bagaimana dgn urusan pendaftaran dgn pejabat Agama di Malaysia nanti?

walaupun psgn berpangkat Dato/Datin sekalipn, hal ini perlu di uruskan sendiri oleh pasangan yg bernikah. tiada agen atau pihak ke3 yg dpt menguruskan urusan daftar nikah bg pihak psgn kecuali peguam syarie. khidmat sy dr membuat temujanji, membawa pasangan bernikah dan hingga mendapatkan dokumen2 pengesahan yg berkaitan. utk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia psgn hanya perlu membawa sijil nikah dan dokumen2 pengesahan terbabit le pejabat majlis agama islam Malaysia yg berhampiran. tetapi jika pihak majlis agama di Malaysia memerlukan saksi utk proses pendaftaran nikah tersebut, pihak majlis agama islam di Betong dan saksi nikah sedia dtg ke lokasi psgn utk membantu dgn kos tmbn bg perjalanan mereka.
 
jika ada pasangan yg menghadapi kesulitan dlm mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia, sy akan jelaskan tip2/cara2 utk mendaftarkan pernikahan semasa dlm perjalanan ke Thailand nanti. maklumat2 tersebut tidak dapat sy nyatakan secara terbuka kerana terlalu sensitif. cukuplah saya nyatakan bahawa ada jalan utk mendaftarkan pernikahan di Malaysia tanpa perlu pasangan terbabit hadir di mahkamah syariah. dgn hanya perlu tandatangan beberapa dokumen mahkamah, dlm masa 60hari psgn akan terus dibekalkan sijil nikah Malaysia yg asli, yg diiktiraf serta rekod psgn terbabit didaftarkan dgn pejabat majlis agama islam Malaysia. ada juga cara utk mendaftarkan kelahiran anak tanpa mendaftarkan pernikahan psgn di Malaysia, ada juga cara utk mendaftarkan pernikahan di Malaysia walaupun tanpa dokumen yg lengkap, serta ada juga cara utk bernikah secara sah dan diiktiraf dlm Malaysia tanpa perlu ke Thailand dgn penglibatan pihak2 tertentu. seperti yg saya nyatakan tadi, maklumat2 tersebut tidak dapat sy nyatakan secara terbuka kerana terlalu sensitif.

27. Memang wajib ke wali hadir utk proses daftar di pejabat agama Malaysia?

psgn tidak perlu membawa wali asal atau keluarga utk mendaftarkan pernikahan di Malaysia, cukup hanya suami atau isteri dan membawa dokumen2 yg berkaitan. tetapi adalah lebih baik setiap pasangan merujuk hal ini dgn pejabat majlis agama yg berdekatan kerana syarat2 daftar nikah adalah berbeza bg setiap negeri. tetapi ramai jg yg melewatkan urusan pendaftaran kerana masalah2 tertentu. walaupun lambat daftar, pasangan tetap sah dr segi syarak sbg suami isteri dan sijil nikah dr wilayah Yala itu nanti boleh digunapakai di Malaysia utk mengelakkan psgn dr ditangkap semasa operasi pencegah maksiat dijalankan.
 
28. Saya tinggal di Selangor, boleh ke saya daftar di pejabat agama negeri lain Kelantan umpamanya?

ya, tiada masalah asalkan psgn mempunyai alamat menetap di negeri tersebut. psgn boleh juga menggunakan alamat rumah saudara atau rakan sbg alamat sendiri utk mendaftarkan pernikahan di negeri lain. cuma psgn perlu mengaku bahawa mereka sememangnya telah menetap di situ. prosedur daftar nikah di negeri lain mungkin berbeza dgn negeri asal.
 
29. Ada gambar2 pernikahan org lain bg bukti?

semua pasangan yg berurusan melalui khidmat sy sblm ini ada bergambar di pejabat agama islam wilayah Yala cawangan Betong tetapi sy tk menyimpan salinan utk privacy mereka. sy hanya menawarkan khidmat urusan. maaf tiada gambar yg boleh sy berikan. walaupun dgn adanya gambar ia tidak akan boleh menyakinkan mana2 pihak kerana gambar boleh di ambil dr internet atau di mana2 saja. sy sarankan psgn membawa kamera sendiri utk menjaga privacy mereka dan bergambar semasa akad nikah dijalankan di pejabat agama tersebut utk memudahkan proses mendaftarkan pernikahan 1 hari nanti. Semua urusan akan dibuat di dalam Pejabat Agama dan semua maklumat penting akan disertakan. Pasangan juga boleh membawa ahli keluarga dan rakan bersama tanpa sebarang kos tambahan. Tidak lupa juga bergambar di Pejabat Agama bersama kadi/jurunikah dan juga Saksi Nikah.
 
30. Bagaimana pula jika saya di tipu?

insyaallah cik, sy tidak mempunyai sebarang niat utk menipu. lgpn sy sudah lama berurusniaga di dalam internet dan cik boleh semak positif rating yg diberikan oleh pihak2 yg pernah berurusan dgn sy di lelong.com.my (userid elmyda) dan mudah.my (atas nama mohd helmi). sy sudah berurus niaga sejak thn 2002 dgn transaksi jual beli dr jumlah RM10 hingga ke jumlah lebih RM5000 melalui lelong.com.my bg setiap transaksi. cik boleh check positif rating yg diberikan oleh sellers dan buyers yg pernah berurusan dgn sy (http://www.lelong.com.my/Auc/Feedback/UserRating.asp?UserID=elmyda@1) sejak thn 2002. takkan lah semata2 dgn jumlah RM200 sy sanggup merisikokan reputasi yg telah sy bina selama ini? cik boleh juga dtg ke Kuala Kangsar, Perak utk berjumpa dgn sy bg mendapatkan kepastian dan penjelasan yg lbh lanjut.

31. Setiap yg berkahwin d Malaysia, mereka akn dpt kad pengesan suami isteri (mcm i/c). Adakah psgn yg bernikah d Thailand akn dapat? bagaimana dgn kursus kahwin dan check up for HIV?

setiap pasangan yg bernikah di wilayah Yala akan diberikan sijil nikah yg asli dan dokumen2 pengesahan yg asli yg dikeluarkan oleh pihak majlis agama islam wilayah Yala bg membuktikan bahawa psgn tersebut sah sbg suami isteri. mengenai kad kahwin di Malaysia, psgn terbabit perlu mendaftarkan perkahwinan di Malaysia terlebih dahulu. setelah perkahwinan tersebut di daftarkan semula di Malaysia baru lah pihak majlis agama islam di Malaysia akan mengeluarkan kad kahwin tersebut.

psgn yg telah bernikah di Thailand tidak perlu mengikuti kursus kahwin atau check up HIV jika pihak majlis agama islam di Malaysia telah sahkan perkahwinan tersebut. tetapi jika pasangan bernikah menggunakan khidmat nikah sindiket yg berleluasa di pintu sempadan, sudah tentulah pihak majlis agama di Malaysia tidak dpt mengiktiraf pernikahan tersebut. oleh yg demikian pasangan yg bernikah dgn khidmat nikah sindiket yang tidak sah perlu melalui prosedur biasa di Malaysia, iaitu kursus kahwin, check up HIV dan prosedur permohonan nikah seperti yg tertakluk dlm perundangan negara sblm boleh diakad nikah semula.
 
32. RM200 yg perlu sy bank-in ke Maybank a/c cik tu termasuk dgn total rm1800 atau tidak?

ya, rm200 yg perlu dibayar sbg deposit adalah termasuk dr jumlah rm1800. baki rm1600 hanya perlu diserahkan kpd sy semasa kita berjumpa nanti, sebelum kita bertolak ke Betong.

33. Perjalanan ke tmpat pernikahan menaiki kenderaan pihak tuan atau kenderaan sy sendiri? Kalau menggunakan kenderaan pihak tuan dimana kenderaan kami perlu diletakkan? adakah ia selamat?

kita akan ke Betong dgn kenderaan sy. kenderaan psgn boleh di letakkan di kawasan parking kereta kompleks bebas cukai Pengkalan Hulu, Perak ataupun di tempat2 awam yg lain (masjid dll.).
 
34. Waktu pernikahan kebiasannya pukul berapa? adakah sampai larut malam?

akad nikah akan dibuat di dalam pejabat majlis agama daerah Yala cawangan Betong. jd kita perlu selesaikan urusan dlm waktu pejabat iaitu antara jam 10am hingga 4pm. sebaik2nya kita ke sana awal pg krn perlu diingat ini adalah pejabat agama. bkn semua org ke sana atas urusan akad nikah. ada urusan kursus kahwin, zakat, masjid, dll seperti juga pejabat majlis agama islam di Malaysia. pejabat agama di sana beroperasi setiap hari termasuk sabtu dan ahad krn kadi/jurunikah yg bertugas adalah secara bergilir-gilir.

35. Setelah 1 minggu, surat pengesahan tu sy perlu ambil dari cik atau cik akan pos? mcm mana proses utk sy dapatkannya?

boleh dptkn dr sy samaada by hand atau sy akan POSLAJU kepada psgn tanpa sebarang kos tambahan.

36. Memandangkan keadaan di Thailand sedang kacau bilau adakah selamat utk kami kesana?

pengeboman hanya berlaku di bandar Yala, Narathiwat, Songkhla dll. jarak antara Betong dgn bandar2 tersebut paling kurang 150km iaitu sekitar 2-3jam perjalanan sehala. akad nikah dibuat di pejabat agama wilayah Yala cawangan Betong yang jaraknya hanya 10 minit perjalanan dr kompleks imigresen Pengkalan Hulu, Perak. kawasan ini aman tanpa sebarang kejadian tk diingini. dlm 14 daerah di selatan Thailand hanya daerah Betong aman damai tanpa ada sebarang kejadian yg tidak diingini. kita masih boleh mendengar peristiwa pengeboman dan pembunuhan di wilayah Songkhla dan Narathiwat. 80% masyarakat di sini menggunakan bahasa melayu dan majoriti penduduknya beragama islam bermazhab shafie. ramai warganegara Malaysia dtg ke sini utk urusan jual beli (shopping) di bandar Betong setiap hari dan byrn kpd majlis agama islam masih boleh menggunakan matawang Ringgit Malaysia.
 
37. mengapa lebih baik sy berurusan di wilayah Yala berbanding dgn wilayah lain?

- daerah Betong lgsg tidak ada peperangan, pembunuhan dan huru hara seperti dlm wilayah2 lain di selatan Thailand (Songkhla, Narathiwat). tiada askar yg berkawal dan tiada roadblock tentera. rakyat di sini hidup aman damai tanpa ada sebarang perintah darurat.
- urusan akad nikah hanya dibuat di dlm pejabat majlis agama islam wilayah Yala, bkn di masjid atau rumah kadi bg mengelakkan psgn ditipu oleh nikah sindiket yg tidak sah dr segi syarak.
- perjalanan dr pintu sempadan Pengkalan Hulu, Perak ke pejabat agama wilayah Yala cawangan Betong hanya mengambil masa sekitar 10 minit. jd psgn dpt selesaikan urusan mereka dlm masa yg singkat utk perjalanan pulang.
- penduduk di sini masih menggunakan bahasa melayu dlm kehidupan seharian jika dibandingkan dgn wilayah2 lain seperti Songkhla. cara hidup islam masih lg kuat diamalkan oleh penduduk di Betong.
- matawang Ringgit Malaysia diterima sbg byrn kpd pejabat majlis agama islam wilayah Yala dan juga penduduk sekitarnya juga masih menggunakan Ringgit Malaysia utk urusan seharian seperti urusan jual beli.
- bg yg menetap di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Hulu Perak anda boleh menjimatkan kos dgn memohon pas sempadan dgn byrn hanya rm10. 
 
38. sy dan pihak perempuan masih belajar. kami merancang utk bernikah di Thailand secara senyap2 tanpa pengetahuan keluarga. apakah status kami jika dlm beberapa thn slps itu kami bernikah lg sekali di Malaysia? adakah pihak majlis agama di Malaysia akan dpt tahu mengenai status kami yg telah berkahwin?

tak ada masalah kpd pelajar yg nk bernikah diam2, malahan 60% psgn yg sy bw berurusan adalah dr golongan pelajar. tiada siapa yg akan tahu pernikahan cik dgn pasangan jika cik ber2 tidak beritahu kepada pihak lain. cik dan pasangan perlu ingat bahawa akad yg per1 sah dr segi syarak. oleh yg demikian akad yg ke2 adalah tidak sah tetapi dibolehkan utk mengelakkan aib dan menjaga hati keluarga. hal ini telah dijelaskan kpd sy oleh pihak majlis agama islam di Malaysia. cik boleh meneruskan niat utk membuat majlis perkahwinan di Malaysia.

nikah ke2 tidak lg sah krn antara syarat utama sah nikah, psgn perempuan tidak boleh mempunyai ada apa2 ikatan dgn lelaki ataupun ada perintah mahkamah yg menghalang. cuma psgn tidak boleh mendaftarkan pernikahan kerana mereka akan membuat urusan akad nikah lg sekali setelah tiba masanya. jika psgn mendaftarkan pernikahan maka akad nikah yg ke2 tidak dpt dibuat krn nama psgn telahpn berada dlm pengkalan data majlis agama islam di Malaysia. tetapi kemana2 saja psgn tersebut pergi atau bermalam maka psgn terbabit perlu membawa sijil nikah dr wilayah Yala yg masih boleh digunapakai utk mengelakkan kerumitan jika ada operasi pencegah maksiat.
 
39. bolehkah sy membawa rakan atau keluarga bersama2 sy ke Betong utk urusan akad nkah itu nanti?

boleh, tidak ada masalah dan tiada sebarang byrn tambahan yg dikenakan. cuma pastikan jgn terlalu ramai kerana sy hanya memandu kereta. jd kapasiti kenderaan sy hanyalah maksimum utk 4 org termasuk sy yg memandu. jika keluarga atau rakan2 cik nk ke sana dgn kenderaan mereka pun boleh. tetapi mereka perlu meletak kenderaan mereka di kawasan parking Pengkalan Hulu, Perak dan mengambil khidmat teksi utk ke Betong. psgn dibolehkan juga memilih saksi nikah dari kalangan rakan2 yg turut serta jika tidak mahu menggunakan khidmat saksi nikah dr kalangan pegawai majlis agama bg pernikahan tersebut. Saya akan menguruskan segala urusan dari mula hingga selesai, bukan melalui pihak ketiga atau agen.
 
40. adakah cik membuat perkhidmatan pernikahan di Thailand secara beramai2? maksud sy adakah kami akan ke sana dgn pasangan yg lain?

sy amat mementingkan privacy bg setiap pasangan. keselesaan perjalanan adalah penting utk sy dan pasangan yg mahu bernikah. oleh sebab yg demikian sy hanya bawa 1 pasangan sahaja utk ke sana bg setiap perjalanan. jika sy bw terlalu ramai org akan menimbulkan rasa kurang selesa kpd pasangan yg nk bernikah di sana nanti. kerana ada yg menghubungi sy menyatakan rasa kurang selesa dgn khidmat dr pihak lain yg membawa terlalu ramai pasangan serentak iaitu secara berkumpulan.
ramai jg psgn yg sy bw berurusan terdiri drpd golongan org2 yg dihormati, elit, celebriti, dll jd mereka ini tidak mahu urusan mereka diketahui umum utk menjaga privacy mereka. psgn juga boleh membawa rakan atau wali tanpa sebarang byrn tmbhn.
 
41. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Yala memakan masa yang lama, tidakkah pihak saudara menyediakan pakej dalam Malaysia sahaja dan menggunakan surat nikah Thailand.

pernikahan tersebut tidak lg sah dr hukum syarak jika dibuat di dalam Malaysia, yakni di luar wilayah kadi/jurunikah tersebut dilantik sbg wali hakim. contohnya kadi/jurunikah yg dilantik utk wilayah Yala hanya boleh menikahkan pasangan di dlm wilayah Yala shj, tidak di Songkhla atau di Kota Bharu, Kelantan. jika ada yg menawarkan pernikahan di dlm Malaysia tetapi menggunakan khidmat kadi/jurunikah atau sijil dr Thailand maka nikah tersebut tidak lg sah dr segi agama dan tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (selalunya di sebut sbg nikah sindiket).

kebanyakan pasangan yg bernikah di Thailand adalah melalui wilayah Songkhla dan Narathiwat yg mmg terkenal dgn nikah sindiket. boleh dikatakan hampir 70% nikah di wilayah tersebut adalah nikah sindiket. selalunya akad nikah dibuat di rmh kadi/jurunikah tersebut atau di tempat2 awam seperti masjid dll (maka byrn tk perlu dibuat kpd pihak2 lain terutamanya pihak majlis agama islam) jadi amat sukar utk kita membezakan nikah yg sah dan sindiket kerana dokumen palsu yg dikeluarkan hampir sama dgn yg asli. saksi2 nikah juga terdiri dr kalangan org yg tidak dikenali dan sukar dihubungi pd masa hadapan. jd ia akan menyukarkan proses pendaftaran nikah pasangan tersebut 1 hari nanti.

jika melalui khidmat sy, akad nikah akan dibuat di dalam pejabat majlis agama islam wilayah Yala cawangan Betong, bkn di dlm rmh perseorangan atau di dlm masjid. kadi/jurunikah yg menikahkan pasangan adalah kadi/jurunikah yg diiktiraf dan ditauliahkan utk menikahkan pasangan. buat masa skrg ada 30 org kadi/jurunikah yg dilantik oleh mufti Thailand di dalam wilayah Yala utk tempoh lantikan selama 6 thn. saksi2 nikah terdiri drpd ahli majlis agama atau pegawai majlis agama islam itu sendiri. pasangan juga dibolehkan utk membawa saksi nikah sendiri atau ahli keluarga bersama2 ke sana. gambar/video akad nikah, kadi/jurunikah, saksi dan pejabat agama boleh juga diambil/dirakam utk memudahkan proses mendaftarkan pernikahan cik di malaysia 1 hari nanti.
 
nikah sindiket terbahagi kpd beberapa jenis :

a. nikah yg tidak sah dr segi hukum syarak. kadi/jurunikah yg menikahkan pasangan bkn dilantik oleh pihak majlis agama islam Thailand. selalunya terdiri dr org2 perseorangan yg mencari keuntungan/perniagaan di selatan Thailand.
b. nikah yg tidak sah dr segi hukum syarak. kadi/jurunikah yg menikahkan pasangan menikahkan pasangan di luar wilayah mereka. contohnya kadi/jurunikah yg dilantik di wilayah Songkhla menikahkan pasangan di Pdg Besar atau di Pattani.
c. nikah yg tidak sah dr segi hukum syarak. kadi/jurunikah yg menikahkan pasangan bukan dilantik oleh pihak majlis agama islam Thailand. walaupn kadi/jurunikah tersebut imam masjid atau org alim, beliau tidak mempunyai kuasa/hak utk menjadi wali hakim kpd pasangan yg bernikah.
d. nikah yg sah dr segi agama tetapi tidak boleh didaftarkan di malaysia. nikah ini selalunya berwalikan ayah kpd pasangan perempuan tetapi dinikahkan oleh imam2 masjid di selatan Thailand. tiada dokumen nikah yg akan dikeluarkan kerana pasangan bkn dinikahkan oleh kadi/jurunikah yg dilantik oleh pihak majlis agama islam Thailand.

bg psgn yg tidak mahu bernikah di luar Malaysia, utk urusan poligami dan permohonan wali hakim di mana2 negeri di dlm Malaysia, kadi/jurunikah yg dilantik oleh pihak majlis agama islam Malaysia hanya boleh menikahkan pasangan selepas mendapat arahan dr hakim mahkamah tinggi syariah. jadi pasangan perlu mengambil khidmat peguam dan masuk bicara di mahkamah syariah sblm hakim boleh meluluskan atau tidak permohonan tersebut. jika diluluskan br hakim mahkamah syariah memberi kuasa kpd pihak majlis agama dan seterusnya kpd kadi/jurunikah yg diiktiraf dan ditauliahkan. tiada kadi/jurunikah yg bertauliah di dalam Malaysia yg akan menikahkan pasangan dgn membelakangkan undang2 negara kerana jika ada kadi/jurunikah yg dilantik oleh pihak majlis agama Malaysia menikahkan pasangan tanpa kebenaran majlis agama islam dan hakim mahkamah tinggi syariah, kadi/jurunikah tersebut boleh dipecat, dikenakan denda dan hukuman penjara, begitu juga dgn semua pihak yg terlibat semasa akad nikah itu berlangsung, contohnya psgn, wali dan saksi nikah.

42. sy dr Kelantan, boleh tak saya terus memandu ke Pengkalan Hulu, Perak join saudara dari situ untuk ke pejabat agama berkenaan? dalam kes tertentu ada tak kes walk-in?

boleh, tiada masalah. tetapi kos tetap tidak berubah kerana sy tetap perlu ke sana dgn kenderaan sy krn sy berasal dr Kuala Kangsar, Perak. contohnya pasangan dr timur tanahair (Kelantan, Terengganu, Pahang) boleh terus bertemu dgn sy di Pengkalan Hulu, Perak atau di Gerik, Perak. perjalanan sehala dr Jeli, Kelantan ke Pengkalan Hulu, Perak hanya sekitar 1jam 30minit atau dr Kota Bharu sekitar 2jam 15minit sahaja. bg pasangan yg berasal dr negeri2 utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang) juga boleh ke Pengkalan Hulu, Perak melalui jln Seberang Jaya-Lebuhraya Kulim-Baling-Pengkalan Hulu yg hanya sekitar 45minit perjalanan sehala.

setakat ini tiada pasangan yg hanya walk-in kerana sy juga bekerja. jika ada pasangan yg mahu ke sana br sy akan memohon cuti. jd tanpa deposit takut juga ada pasangan yg membatalkan temujanji di saat akhir jd akan merugikan masa sy kerana sudah membatalkan/menangguhkan segala urusan yang lain2.

lgpn kadi/jurunikah semua berasal dr bandar Yala, iaitu 2-3jam perjalanan sehala ke Betong. jika tanpa temujanji takut kadi/jurunikah tiada di pejabat semasa kita ke sana jd akan sia2 perjalanan kita. maklum sahaja lah kadi/jurunikah yg dilantik oleh pihak majlis agama islam Thailand kebanyakannya adalah terdiri dr imam2 masjid, pegawai2 kerajaan dan juga pengetua sekolah agama. jd mereka ini byk dijemput utk meraikan majlis atau pn menguruskan urusan di luar pejabat.

takut jg mereka ada urusan pd hari tertentu sudah pasti kadi/jurunikah tidak masuk pejabat pd hari tersebut. akad nikah hanya boleh dibuat oleh 30org kadi/jurunikah yg dilantik dan diiktiraf di dlm wilayah Yala yg tempoh lantikan selama 6 thn. hanya 12 org drpd 30 org kadi/jurunikah yg ditugaskan di pejabat majlis agama wilayah Yala cawangan Betong. mereka ini akan menguruskan segala urusan di pejabat tersebut secara bergilir2.

tanpa temujanji itu juga takut semasa kita ke sana nnti kadi/jurunikah yg bertugas pd hari tersebut telah pn pulang ke bandar Yala dan kadi/jurunikah yg sepatutnya ke sana hanya akan tiba keesokkan harinya. dgn temujanji itu juga akan memudahkan dan memendekkan masa urusan pasangan yg nk bernikah di sana.

43. perlukah kami membawa kamera atau video camera apabila berurusan di sana?

ya, gambar adalah salah 1 dokumen wajib yg perlu disertakan utk mendaftarkan pernikahan di Malaysia, pasangan amat lah digalakkan utk membawa bersama sekurang2nya handphone kamera semasa berurusan di sana nnti. sy boleh mengambil gambar atau video semasa urusan akad nikah dijalankan. psgn juga boleh mengambil gambar kadi/jurunikah, saksi nikah serta bergambar di sekitar pejabat majlis agama. pelamin jg ada disediakan di sana utk psgn bergambar selepas akad nikah.
 
44. bagaimana pula jika kami mempunyai masa yg terhad?

sy cadangkan pembayaran deposit selewat2nya 1 minggu sblm tarikh nk ke sana adalah untuk melancarkan urusan bg pihak psgn. maksudnya takut kadi/jurunikah mempunyai urusan lain jika temujanji dibuat saat2 akhir ataupn sy berada di luar negara atas urusan kerja. jika tiada halangan seperti di atas, temujanji boleh juga dibuat selewat2nya 2hari sblm tarikh nk kesana. contohnya isnin psgn membuat pembayaran deposit, selasa sy ke Betong dulu utk membuat temujanji dgn pegawai majlis agama islam dan jika tiada halangan rabu psgn boleh terus berurusan di sana.

tetapi psgn perlu terima ada risiko kadi/jurunikah tidak dpt meneruskan urusan jika beliau telah membuat temujanji dgn pihak lain di luar pejabat. kita sedia maklum kadi/jurunikah di wilayah Yala bertugas secara bergilir-gilir dan mempunyai jadual kerja yg padat. takut juga sy ada urusan yg tidak dpt dielakkan. jika temujanji tidak dpt dibuat maka psgn tersebut perlu memilih tarikh lain utk berurusan di sana. sebaik2nya psgn memberikan 2 tarikh pilihan supaya mudah utk sy membuat temujanji dgn pegawai majlis agama islam wilayah Yala.
 
45. sy mahu berkahwin tapi belum mempunyai calon. bolehkah cik mencari calon isteri yg sesuai utk sy?

maaf cik, sy hanya membantu utk membuat urusan bagi pasangan yg mahu bernikah di wilayah Yala, Thailand. oleh kerana sy juga bekerja, sy tidak membuat khidmat mencari jodoh kerana ia memerlukan masa yg byk. lagipun bkn senang utk mencari jodoh yg menepati citarasa seseorang.
 
46. saya masih ragu2 la dengan perkhidmatan en ni..boleh tak tunjukkan bukti sekurang2nya gambar Kadi di sana dan gambar pejabat majlis agama Betong@Yala tersebut..

maaf cik, tiada apa lg yg boleh sy berikan utk menyakinkan cik. cik boleh perolehi gambar dgn mudah di dlm internet. jika sy berikan ia masih tidak boleh menghilangkan sebarang keraguan. jika sy berikan salinan sijil nikah pn tetap cik masih boleh pertikaikan ia bkn dokumen asli. jika cik perlukan no i/c sy pn sy boleh berikan tapi seperti sy nyatakan ia masih blm dpt menghilangkan segala keraguan.

apa yg boleh cik lakukan hanyalah dgn bertawakkal. ataupun jika cik tidak ada apa2 halangan cik boleh berjumpa dgn sy di Kuala Kangsar, Perak dulu. kita boleh berbincang dgn lebih lanjut, face by face dan jika cik setuju utk teruskan br diserahkan deposit by hand pd sy.

insyaallah setakat ini sy tidak mempunyai sebarang niat utk menipu dan sudah lebih 500 psgn sy bawa berurusan di pejabat agama tersebut sejak dari tahun 2009. psgn yg pernah sy bawa adalah terdiri dr org biasa hinggakan ke pengurus bank serta CEO bank di Malaysia. Dato' serta pegawai2 atasan di Malaysia juga byk berurusan dgn sy. tkkn lah sy perlu berikan maklumat mereka utk menyakinkan psgn lain yg nk berurusan? sy amat mementingkan privacy psgn yg berurusan melalui sy.

sy ada nyatakan juga dlm ruangan FAQ ini bahawa sy adalah verified & lelong webstore user di Lelong.com.my sejak tahun 2002. setiap verified seller dan webstore user perlu berikan dokumen2 pengenalan diri kpd pihak pengurusan sblm kami boleh berurusniaga. ada feedback rating yg diberikan oleh pembeli dan penjual yg pernah berurusan dgn sy dgn transaksi dr
jumlah rm10 hingga ke jumlah melebihi rm5000 bg setiap transaksi. begitu juga dgn urusan di Mudah.my. tkkn lah sy mahu merosakkan reputasi tersebut semata2 jumlah wang yg kecil begini?

maaf lg sekali krn sy tk dpt memberikan gambaran yg lebih jelas. sy tidak pernah mengambil gambar menggunakan kamera sendiri utk menjaga privacy psgn. sy sarankan
semua psgn membawa kamera sendiri bg mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

jika cik mempunyai kesempatan diharap cik dpt menghubungi sy di handphone no +6017-595 5633 utk dptkan gambaran yg lebih jelas. insyaallah sy akan cuba menyakinkan cik serta psgn sblm membuat sebarang keputusan.

47. adakah cik boleh aturkan jika saya mahu pernikahan ini dibuatkan di Kedah, atau Perlis atau tempat-tempat sah di Malaysia?

tiada pernikahan yg sah boleh dibuat di dlm malaysia tanpa kebenaran majlis agama islam Malaysia atau mahkamah syariah. utk urusan poligami atau wali hakim, psgn perlu melantik peguam serta hadir ke mahkamah tinggi syariah yg prosesnya boleh menjangkau lebih dr 1 tahun. hanya hakim syarie yg boleh memberi kebenaran kpd majlis agama islam dan seterusnya memberi kebenaran kpd kadi/jurunikah yg bertauliah. tiada kadi/jurunikah yg diiktiraf akan meneruskan akad nikah tanpa kebenaran krn kadi/jurunikah tesebut boleh didenda, dipecat dan dipenjara atas kesalahan menyalahi undang2 negara, begitu jg semua pihak yg terlibat dlm urusan tersebut termasuk psgn, wali dan saksi nikah.

jika psgn meneruskan pernikahan di Malaysia dgn menggunakan kadi/wali hakim dr Thailand atau dr mana2 negara lain maka pernikahan tersebut tidak lg sah dr segi syarak. tidak sah nikah jika kadi/jurunikah dilantik dr wilayah lain dan urusan nikah hanya boleh dibuat di dlm wilayah lantikannya sahaja.

jika wali pihak perempuan (ayah) bersetuju utk teruskan, wali juga akan dituduh di mahkamah syariah atas kesalahan bersubahat bersama-sama kadi jurunikah dan saksi2 nikah. hakim mahkamah syariah juga mempunyai kuasa membubarkan pernikahan tersebut jika menyalahi hukum syarak.


48 . Saya nak tanye..boleh ke pnikahan djlnkn jika kami tidak ade sijil kursus kawen n tidak buat ujian saringan hiv?

ya pernikahan boleh diteruskan kerana itu adalah prosedur yg perlu psgn ikuti JIKA bernikah dlm Malaysia. jika bernikah di Thailand psgn sudah tidak terikat dgn undang2 syariah Malaysia.
 
49. Berapakah jumlah denda yang akan dikenakan apabila mendaftarkan pernikahan di Malaysia?

ada psgn yg dikenakan denda dan ada yg tidak dikenakan sebarang denda lgsg. setakat ini sudah lbh 500 psgn yg sy bw berurusan sejak dr tahun 2009 tiada 1 psgn pn yg dikenakan denda maksimum, selepas psgn terbabit membuat rayuan selalunya hanya dikenakan denda sekitar rm400-rm600 bg setiap pertuduhan. sila call sy di talian +6017-595 5633 utk maklumat yg lbh lanjut.

50. keluarga saya tidak izin kami bernikah sebab kami masih belum bekerja. jadi boleh kah kami nikah senyap2, tunggu habis belajar dan bekerja dan kami nikah kali kedua di Malaysia bersama family..

cik boleh buat akad nikah semula di Malaysia dgn syarat cik tidak boleh mendaftarkan pernikahan sejurus blk dr Thailand kerana apabila cik mendaftarkan pernikahan di Malaysia, nama cik br2 akan dimasukkan dlm maklumat data psgn yg sudah berkahwin. jika cik daftar jg maka tiada kadi/jurunikah yg dilantik oleh pihak majlis agama islam di Nalaysia akan meneruskan akad nikah tersebut.

kes ini selalu melibatkan psgn pelajar yg mahu bernikah secara diam2 krn apabila mereka usulkan kpd ibubapa masing2 membantah dgn alasan masih terlalu muda, atau tumpukan pd pelajaran ataupun masih blm mempunyai karier yg stabil. jd pelajar2 kolej, universiti ini akan berkahwin secara senyap2 di Thailand utk mengelakkan mereka dr terjerumus ke dlm lembah maksiat.

jd psgn terbabit perlu membawa sijil nikah wilayah Yala ini ke mana2 mereka pergi seperti bermalam bersama atau bercuti di mana2 lokasi. insyaallah dokumen nikah ini sah dan boleh digunapakai di Malaysia. sehinggalah mereka nnti diijabkabulkan secara rasmi di Malaysia dan pd masa itu baru lah mereka akan diberikan sijil/kad nikah Malaysia.

akad nikah ke2 ini tidak lg sah kerana si perempuan sudahpn bergelar isteri. syarat utama utk sah nikah adalah perempuan tidak boleh mempunyai apa2 ikatan dgn mana2 lelaki. jd apabila akad nikah dibuat lg sekali maka akad tersebut tidak lg sah dr segi syarak kerana akad nikah yg per1 telahpn sah dr segi agama. tetapi ia dibolehkan utk menjaga aib psgn serta keluarga.
 
51. adakah dgn tidak daftar bila ada anak akan timbul masalah? dan kiranya perempuan dikehendaki utk berkahwin (pilihan keluarga dimana keluarga tidak ketahui sy dah bernikah) adakah mudah pula suami utk menjalani proses penceraian?

tiada masalah dlm pendaftaran anak di Malaysia asalkan ibu dan bapanya warganegara Malaysia. cuma dinasihatkan kepada psgn yg telah bernikah tetapi masih belum mendaftarkan perkahwinan di Malaysia agar merancang rumahtangga mereka terlebih dahulu. jika psgn yg sudah bernikah tetapi masih blm mendaftarkan pernikahan di Malaysia tetapi kemudian hendak bercerai (mntk dijauhkan) jd proses penceraian perlu dibuat di tempat bernikah, iaitu di pejabat majlis agama islam wilayah Yala. prosesnya lebih mudah dr di Malaysia, boleh selesai hanya dlm 1 hari shj.

jika melibatkan suami yg dicalonkan oleh keluarga tetapi tanpa persetujuan si perempuan, maknanya tiada proses penceraian berlaku kerana nikah tersebut tidak wujud kerana pasangan perempuan telahpn bergelar isteri orang dr segi syarak. syarat sah akad, pengantin perempuan tidak boleh ada apa2 ikatan dgn mana2 lelaki atau ada perintah mahkamah yg menghalang. jd di sini si perempuan tersebut secara automatik tidak boleh menjadi isteri kepada lelaki lain kerana dia telah pn bernikah.